Hiburan Muzik Trending Video

[Video] Kami tiada masalah dengan Izzue – Forteen

Forteen ketika menyertai Gegar Vaganza musim kelima.

MENGAKUI terkejut dengan tindakan Izzue Islam, 28, yang mengundur diri daripada Forteen, ahli-ahli kumpulan popular tersebut masih bingung untuk memberikan komen lanjut selain memerlukan masa mengadakan perbincangan sesama mereka terlebih dahulu.

Bakal menjelaskan secara terperinci permasalahan sedang dihadapi dalam satu sidang akhbar khas yang akan diadakan esok, ketiga-tiga anggota kumpulan berkenaan menegaskan mereka tiada masalah dengan Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan.

Biarpun sudah bergerak sendirian, Izzue tetap mahu meneruskan karier nyanyiannya secara solo selain aktif berlakon dan mengacara.

“Lumrah bekerja dalam satu pasukan yang terdiri daripada beberapa orang, kejayaan bergantung kepada persefahaman dan kesepakatan sesama ahli.

“Tipulah kalau kami cakap sepanjang tujuh tahun penubuhan Forteen ini, kami tidak pernah berselisih faham.

“Namun jika berlaku situasi tersebut, lazimnya kami berbincang sebaik-baiknya bagi mencapai persetujuan bersama.

“Bagaimanapun, tindakan Izzue kali ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan. Kami langsung tidak menghidu bahawa dia akan tekad membuat keputusan itu secara tiba-tiba pada Ahad lalu,” akui Ariz sambil dipersetujui Ameer dan One yang berada di sisinya.

Ikuti video temu bual bersama Forteen yang dianggotai oleh Ariz Lufias, 29 atau Saiful Ridzuan Abdul Hamid; One Ridzuan, 29, (Muhammad Ridzuan Sharifuddin) dan Ameerais Azhar, 28, (Mohd. Arif Ameerais Azhar). – MHE TV

Iklan
Ariz Lufias
One Ridzuan
Ameerais Azhar
Ruang komen
  Forteen sudah biasa tanpa Izzue