Kejadian anak ikan tamban yang kelihatan seakan ‘melompat’ di pelabuhan Tawau mendapat perhatian netizen setelah  tular dalam media sosial sejak Sabtu lalu.

Dalam rakaman video yang tersebar, jutaan anak-anak ikan tamban dilihat melompat tanpa arah sehingga ada yang masuk ke dalam tayar terpakai yang tergantung di tepi bot.

Orang ramai pula tanpa membuang masa dilihat memungut rezeki terpijak tersebut.

Sekumpulan ikan tamban dilihat melompat tanpa arah sehingga ada yang masuk ke dalam tayar terpakai yang tergantung di tepi bot.

Penyebaran video ini membuatkan ada kalangan netizen beranggapan kejadian itu membawa petanda buruk seperti tsunami bakal berlaku.

Tidak kurang ada yang mengaitkannya dengan letupan gunung berapi di dasar laut.

Namun menurut, Jabatan Perikanan Sabah, berlakunya kejadian itu kemungkinan disebabkan lambakan musim ikan sedang berlaku di perairan tersebut, lapor Utusan Borneo.

Faktor kedua yang boleh menjelaskan kejadian itu disebabkan anak-anak ikan yang dianggap mangsa sedang dikejar ikan pemangsa.

“Ikan yang lebih besar sedang memburu makanannya iaitu anak ikan tamban yang lebih kecil sehingga kumpulan ikan mangsa lari menyelamatkan diri sehingga ke tepian,” kata kenyataan itu. – MHE TV

Kredit video: Aly Emran

Iklan