Trending Video

[VIDEO] Kecoh satu kelas, pensyarah terpasang video ‘18 SX’

Seorang pensyarah di sebuah institusi luar negara terpaksa menahan malu di depan para pelajarnya gara-gara terlepas satu rakaman video ‘18 SX’ di skrin projektor ketika sesi kelas berlangsung.

Memetik laporan Metro UK, pensyarah berkenaan secara tidak sengaja telah menekan ‘play button’ video terbabit yang disimpan dalam komputer riba miliknya. Hendak dijadikan cerita, komputer tersebut baru saja disambung dengan skrin projektor sekali gus, secara automatik paparan video ‘terlampau’ itu telah disaksikan para pelajarnya.

Terkejut dengan kejadian itu, para pelajarnya tidak melepaskan peluang merakam aksi cemas pensyarah terbabit yang dilihat berhempas pulas menghentikan tayangan percuma berkenaan dengan menggunakan telefon bimbit mereka.

Rakaman video 35 saat turut memaparkan dua orang pelajar di barisan hadapan menutup muka menggunakan buku mungkin sebab terkejut selepas menonton aksi mengghairahkan di skrin projektor.- MHE TV

Iklan
Ruang komen