Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali dengan nama pentas DJ Dave meraikan ulang tahun kelahiran beliau ke-71 pada hari ini. Lahir tanggal 14 Februari 1948, pada usia emas ini, beliau masih segak bergaya dan aktif menyanyi.

Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) ini mula menceburkan diri dalam dunia nyanyian pada tahun 1971. Kerjaya DJ Dave mula menjulang dalam arena seni suara menerusi lagu irama Hindustan seperti Maafkanlah, Ku Tak ingin Menangis Lagi dan Harum Bunga Kembang apabila dia mula menjadi artis rakaman Life Rekod pada tahun 1972.

Bukan sahaja popular sebagai penyanyi, DJ Dave juga seorang insan seni yang prihatin terhadap kebajikan penggiat seni dan golongan kurang upaya.

Sempena ulang tahun kelahiran kali ini, MHE TV mendoakan semoga segala usaha beliau diberkati dan terus gemilang mewarnai persada seni tanah air. – MHE TV

Iklan