Hiburan Trending Video

[VIDEO] Kenapa Ayie Leon ucap terima kasih kepada artis baharu?

Tidak dapat dinafikan, lagu-lagu ‘rock jiwang’ pada era 90-an sememangnya bersifat malar segar dan masih lagi menjadi siulan sehingga ke hari ini. 

Malah ia tetap mendapat permintaan di corong-corong radio bahkan menjadi pilihan utama anak-anak muda masa kini untuk dinyanyikan di pusat-pusat karaoke. 

Bekas vokalis Leon, Ayie yang cukup popular dengan lagu dendangannya, Balasan Janji Palsumu kini kembali menggegarkan industri muzik tanah air.

Dengarnya abang rocker kita ni nak bikin album. Ayie pun ada ucap terima kasih kepada artis pelapis tapi sebab apa? Jom dengar dari mulut tuan punya badan. – MHE TV 

Ruang komen