Hiburan Trending Video

[VIDEO] Kenapa Syafiq Farhain sedih di hari ulang tahun?

Menyambut ulang tahun kelahiran ke-25 tahun ini adalah satu detik bermakna buat penyanyi Syafiq Farhain. Pertama kali dalam hidup, dia diraikan oleh kumpulan kelab peminat yang sentiasa menyokong perkembangan kerjayanya.

Di sebalik senyuman anak muda ini, ada sedikit rasa sedih dan terkilan jauh di sudut hatinya. Dia tidak pernah menerima ucapan hari lahir daripada seorang insan bergelar bapa.

Siapa tidak kenal dengan bapa Syafiq yang juga merupakan penyanyi terkenal iaitu Allahyarham Saleem. Peminat juga tahu Syafiq telah berpisah dengan bapanya sejak kecil lagi.

Tidak mungkin lagi dia akan menerima ucapan daripada insan tersebut. Allahyarham Saleem meninggal dunia pada Oktober tahun lalu.

Hanya ingatan dan lagu nyanyian arwah yang terus menjadi kenangan buat Syafiq. Jom dengarkan luahan hati penyanyi lagu Kamar Hati ini. – MHE TV

Iklan
Ruang komen