Seorang lelaki dari Cape Town, Afrika Selatan yang dikenali sebagai Gino Wensel, terselamat daripada menjadi mangsa serangan perompak baru-baru ini. 

Jika bukan kerana anjing peliharaannya bernama Duke, lelaki ini mungkin cedera parah ditikam oleh perompak yang bersenjatakan pisau.

Bagaimanapun, serangan perompak itu berjaya dihalang oleh Duke yang bertindak pantas menyerang perompak terbabit terlebih dahulu.

Malangnya, anjing tersebut mengalami kecederaan serius selepas ditikam oleh perompak itu di bahagian kepala.

Meskipun pisau tertusuk dibahagian kepala, Duke masih mengejar perompak itu agar tidak menyerang Wensel.

Tidak lama selepas itu, anjing berani itu rebah dan  berlumuran darah di atas jalan.

Anjing terbabit kemudiannya dibawa oleh Wensel ke Persatuan Kebajikan Haiwan Afrika Selatan (AWSSA).

Haiwan tersebut dilaporkan stabil. Duke bernasib baik kerana pisau berkenaan tidak mengenai bahagian otak.

Jelas Wensel, kejadian berlaku sangat pantas dan tidak tahu bahawa ada seorang individu cuba menyerangnya.

Bagaimanapun, dia terhutang budi kepada Duke kerana sanggup menggadaikan nyawa sekali gus, menggagalkan serangan itu.

Dia juga meluahkan rasa syukur kerana anjingnya masih hidup.- MHE TV

Iklan