Trending Tular Video

[VIDEO] Kereta ‘terjun’ laut dari Jambatan Pulau Pinang

Sebuah kereta terjunam ke dalam laut susulan kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jambatan Pulau Pinang menghala ke Seberang Perai, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, berdasarkan maklumat awam, terdapat sebuah lagi kenderaan yang terjunam ke dalam laut, lapor Utusan Online. 

“Operasi pencarian kenderaan yang terjatuh ke dalam laut turut dibantu oleh polis marin,” katanya.

Kemalangan pada pukul 2.45 pagi itu turut melibatkan seorang pemandu kereta jenis Toyota Vios, berusia lingkungan 20-an tetapi hanya cedera ringan. –  MHE TV

Ruang komen