Tidak mahu terus difitnah, penyanyi popular Aiman Tino membuat laopran polis bagi mencari dalang penyebaran video lucah seorang lelaki miripnya baru-baru ini.

Aiman yang membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kubu Bharu malam tadi berkata, tindakan tidak bertanggungjawab individu tersebut telah menjejaskan nama baiknya dan keluarga.

“Saya telah membuat laporan polis. Saya serius dengan penyebaran fitnah tersebut.

“Video yang tular itu telah menjejaskan nama baik saya dan keluarga.

“Kepada yang keluarkan video ini, kita jumpa di mahkamah,” tegas Aiman.- MHE TV

Iklan