Mahu menyajikan sebuah persembahan menarik demi peminat mereka serta penonton setia Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33), ternyata Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah mengotakan janji mereka.

Di samping aksi Sufian Suhaimi menyampaikan lagu berhantunya, Di Matamu berjaya merangkul trofi Persembahan Terbaik, paduan suara duo berkenaan melantunkan karya Haram sambil bermandian air hujan turut mencuri perhatian audiens.

Masakan tidak, lebih tiga dekad penganjuran AJL yang mempertontonkan variasi gimik kreatif barisan finalis, belum pernah lagi melihat penyanyi lencun kebasahan.

Biarpun mereka sedar bakal menanggung risiko besar andai terjadi insiden tak diingini, namun kedua-duanya rasa puas setelah Haram dinobat selaku juara keseluruhan.

Tonton rakaman video temu ramah bersama Hael dan Dayang untuk ketahui pengalaman ditempuhi mereka sebelum gimik tersebut dapat direalisasikan. – MHE TV

Iklan