Hiburan Video

(VIDEO) : Konsert solo In Shaa Allah Mac tahun depan!

Ratu rock negara, Ella bakal menghangatkan pentas Dinner GIG 2018 FUFC The Fighters pada 7 Disember ini di Hotel Tenera, Bangi bersama gandingan mantap, Datuk Awie. 

Lebih istimewa, Konsert Dinner GIG dua lagenda rock ini akan diiringi Korie selaku Pengarah Muzik. Persembahan berkonsepkan gig show ini turut dijayakan Black Hanifah sebagai artis undangan.

Tinggal beberapa hari saja lagi menjelang konsert, Ella masih lagi memilih lagu-lagu terbaik untuk dipentaskan di samping membuat latihan vokal, senaman untuk stamina dan paling penting minum banyak air kosong untuk jaga suara.

Mesti ramai yang tertunggu-tunggu bila Ella akan adakan konsert solo. Menurut Ella jika tiada aral melintang, Mac tahun hadapan dia bakal buat konsert besar di KL! -MHE TV

Ruang komen