Hiburan Video

[Video] Konsert Duo Legenda Tampilkan Siti Hasmah

 

Siti Hasmah bakal iringi persembahan Jamal Abdillah dan M. Nasir.

ISTERI kepada Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali buat julung kalinya akan beraksi di atas pentas berprestij, Istana Budaya untuk sama-sama menjayakan Konsert Duo Legenda yang menampilkan dua bintang veteran, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M. Nasir

Dijadualkan bermula pada 20 hingga 23 Disember ini, Jamal yang juga bertindak selaku penganjur berkata, Siti Hasmah akan mengiringi persembahan kedua-dua penyanyi tersebut menerusi sebuah lagu khas yang dinyanyikan secara duet.

“Mungkin ramai sudah sedia maklum dengan kebolehan beliau yang mahir bermain biola dan kami sudah pun mendapat persetujuannya untuk berkolaborasi dalam konsert ini kelak.

Konsert Duo Legenda merupakan penampilan ketujuh Jamal di Istana Budaya.

“Menerusi perbincangan awal, beliau bersetuju untuk menggesek biola menerusi persembahan lagu Gubahanku yang bakal saya nyanyikan bersama M. Nasir.

“Namun, terdapat beberapa perkara perlu dibincangkan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan muktamad,” ujar Jamal.

Konsert tersebut diterbitkan oleh syarikat milik bintang legenda itu iaitu BinJamal Event, manakala Mewah Event Management bertindak menguruskan hal-hal promosi dan jualan.

Sekian lama berkawan baik, akhirnya M. Nasir terima pelawaan Jamal Abdillah.

Pengarah Muzik konsert itu adalah Raja Sham dengan iringan 21 pemuzik profesional selain persembahan penyanyi undangan dari Australia iaitu Cassidy Anderson yang akan berduet dengan Jamal dan M. Nasir.

Tiket boleh dibeli dengan melayari laman sesawang www.ilassotickets.com bermula dengan harga RM158 hingga RM1,000. – MHE TV

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani (tiga dari kiri) turut hadir ke sidang akhbar yang diadakan hari ini.

Ruang komen
  Saya tak pernah dapat A dalam peperiksaan - anak Jamal Abdillah menangis lihat keputusan SPM