Trending Tular Video

[VIDEO] Kucing pun dah pandai mengiau minta air…

“Naik air…nak air…nak air”

Alahai, comelnya kucing milik abang ni. Siap mengiau macam percakapan manusia lagi. Pinjam boleh tak?

Menerusi perkongsian video oleh Muhammad Ridzwan baru-baru ini, gelagat lucu kucing berkenaan menjadi perhatian pengguna media sosial. Macam MHE TV sendiri pun tidak terkecuali menonton beberapa kali bunyi ngiau kucing berkenaan seolah-olah sedang meminta air.

Dalam video berdurasi 34 saat itu, abang berbaju biru dan seorang lagi individu tertawa sebaik sahaja mendengar rintihan manja haiwan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video terbabit telah ditonton ratusan ribu kali oleh pengguna media sosial Facebook.

Macam biasa, bila dah tular memang bersepahla komen yang ditulis oleh netizen yang rata-ratanya terhibur selepas menonton video itu.

Komen paling ‘win’ berbunyi:

“Kucing 2019 jangan main-main, kucing sekolah sekarang ni!”- MHE TV

Sumber video: Muhammad Ridzwan

Iklan
Ruang komen