Kebelakangan ini, penyanyi Syafiq Farhain dikatakan kerap kali menyanyikan lagu-lagu nyanyian arwah bapanya iaitu penyanyi legenda, Saleem terutama ketika membuat persembahan pentas.

Situasi itu sekali gus menjadi tanda tanya kerana sebelum ini dia pernah dilarang daripada menyanyikan lagu-lagu atau menggunakan nama bapanya itu untuk tujuan publisiti dan persembahan.

Syafiq bagaimanapun menyatakan tiada masalah untuk dia menyanyikan lagu itu kerana ia bukan milik mereka (orang yang memberi larangan).

Ikuti temubual Syafiq bersama MHE TV tentang perkara ini. – MHE TV

Iklan