Kemampuan vokal Fazura masih diperdebatkan biarpun ada yang menyifatkan nyanyiannya semakin bagus.

Sejak single terkini Nur Fazura berjudul Can’t Forget Me diperdengarkan pada 18 Januari lalu, aktres itu dihujani pelbagai kecaman daripada warganet yang mengkritik kredibiliti vokalnya.

Bagaimanapun malam tadi, sebaik video muzik (MV) lagu berkenaan dimuat naik pada laman YouTube dan dipertontonkan kepada umum, kata-kata positif mula kedengaran terutama yang memuji penampilannya.

Menerusi komen ditinggalkan individu bernama Rara Yusoff, katanya, “Biarpun lagu ini seksi gila, tetapi semua baju Fazura tetap sopan.”

Seorang lagi individu berkata, Fazura amat menakjubkan, lebih matang dan begitu tenang selain menampakkan dirinya ada kelas tersendiri.

Bahkan, kebanyakan mereka menyifatkan teknik nyanyian Fazura semakin bagus walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki jika dia mahu meneruskan karier dalam bidang seni suara.

Namun kebanyakan peminat aktres jelita itu mempersoalkan kenyataan pihak Universal Music Malaysia yang sebelum ini mengatakan bahawa klip video tersebut menelan kos pembikinan paling mahal pernah diterbitkan syarikat berkenaan.

Menurut komen-komen itu, tiada pun bahagian yang menampakkan kemewahan seiring dengan belanjawan yang diperuntukkan.

Can’t Forget Me adalah karya ciptaan komposer yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat iaitu Willy Beaman dan Cameron Forbes. – MHE TV

Iklan