Trending Tular Video

[VIDEO] Lelaki buat ‘FB Live’ sebelum terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang

Dalam kesibukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bertungkus lumus menaikkan sebuah kenderaan SUV yang terjunam ke dalam laut selepas terlibat kemalangan, seorang lelaki pula mengejutkan orang ramai apabila melakukan aksi bunuh diri.

Sebelum melakukan aksi gila tersebut, lelaki berusia 33 tahun dan berpakaian segak serba gelap itu membuat rakaman video secara langsung terlebih dahulu sebelum terjun dari jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Walau bagaimanapun, nasib lelaki itu baik apabila dia diselamatkan oleh bot nelayan yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Sementara itu, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 ACP Rosman Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.30 pagi memaklumkan seorang lelaki bertindak terjun dari jambatan.

“Kita telah menghantar bot ronda kita ke kawasan tersebut untuk mencari dan menyelamat.

“Kami tiba lebih kurang 10 minit di kawasan tersebut dan pada ketika itu, mangsa sudah pun diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di kawasan itu,” katanya. – MHE TV

Iklan
Ruang komen