Jenayah Trending Video

[VIDEO] Lelaki perli penyamun cuba pecah rumah jiran!

“Buat apa tu bang, repair pintu?”

Abang yang rakam video ini memang legend. Sempoi sungguh pertanyaan dia kepada seorang lelaki dipercayai dikhuatiri sedang memecah masuk pintu belakang sebuah rumah.

Dengan nada sinis, perakam video ini cuba bertanyakan soalan kepada lelaki terbabit sambil mengetuk tingkap di belakang rumah berkenaan beberapa kali.

“Rumah abang eh?”

“Boleh buka pintu ni, rumah kosong”

Cuak mungkin dengan tindakan perakam video, lelaki berkenaan menafikan perbuatan tersebut. Sambil membebel dengan perkataan yang kurang jelas, lelaki bertopi hitam itu beredar melarikan diri dengan sebuah motosikal dari kawasan belakang rumah terbabit.

Klip video berdurasi 1 minit 3 saat ini kini tular di media sosial. –MHE TV

Sumber gambar & video: Sumber media sosial

Ruang komen