Trending Video

[VIDEO] Lepas buat ‘backflipping’, sekali pistol meletup daa…

Seorang ejen khas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berdepan hukuman penjara gara-gara tarian ‘backflipping’ Jun lalu.

Difahamkan, ketika Chase Bishop melakukan tarian itu, sepucuk pistol dipinggangnya terjatuh dan telah tertembak seorang lelaki berhampiran dengannya.

Memetik laporan The Denver Post, ejen FBI berusia 30-an itu turut diarahkan membayar wang pampasan sebanyak USD 6,000.

Bishop dalam pengakuan di mahkamah Jumaat lepas berkata, insiden tersebut bukan disengajakan olehnya.

“Tugas saya ialah menjaga keselamatan orang awam.

“Saya tidak menyangka ia boleh terjadi seburuk ini,” katanya.

Ejen FBI itu bagaimanapun mengekalkan pengakuan tidak bersalah. Namun, jika dia dibuktikan bersalah pihak mahkamah akan menjatuhkan hukuman penjara selama 16 tahun.

Sementara itu, mangsa tembakan, Tom Reddington mendakwa kini berdepan pelbagai kesusahan akibat kejadian tersebut.

Disebabkan insiden itu, dia turut kehilangan kerja dan terpaksa menanggung kesakitan sehingga hari ini.

Lebih malang lagi, Reddington tidak boleh berlari lagi.- MHE TV

Sumber foto: Stripes.com

Ruang komen