Seorang pengantin perempuan tidak menyangka tudung yang dibeli secara dalam talian selamat tiba pada hari majlis pernikahannya.

Malah kehadiran seorang kakitangan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) yang ditugaskan menghantar barang pesanan pengantin terbabit menarik perhatian pengguna media sosial.

Pengantin perempuan bernama Nur Syafini Afni Mohd Yatim berkata, dia agak terkejut dan tidak menjangka tudung yang dibeli secara dalam talian seminggu lalu dihantar pada hari perkahwinannya.

Tambahnya, dia mengetahui perkara itu sebaik diberitahu bapanya ada seorang posmen datang menghantar barang yang dipesannya.

Mengikut prosedur operasi standard (SOP) Pos Malaysia, barang pesanan akan diserahkan selepas penerima menandatangani borang terima barang.

Apa lagi, tersipu-sipu malu la abang posmen selepas dijemput masuk oleh Nur Syafini sebelum selesai menandatangani borang tersebut.

Kalau nak lihat reaksi pengantin perempuan dan abang posmen boleh tonton perkongsian video di atas.

Lepas selesai menjalankan tugas, abang posmen dijemput untuk menjamu selera dan mendapat pemberian istimewa iaitu bunga telur. -MHE TV

Iklan