Sebelum ini kawasan tebing sungai yang terletak di Chhattisgarh, timur India ini bukanlah lokasi tumpuan para pelancong.

Tapi sejak akhir-akhir ini berubah macam pesta dan kerap dikunjungi ratusan orang pada setiap hari.

Khabarnya, wujud fenomena alam unik telah terjadi di situ. 

Memetik laporan agensi berita antarabangsa, orang ramai datang ke kawasan tersebut semata-mata ingin memijak tanah di situ.

Difahamkan, tanah di sungai Jajalijali akan bertindak balas seperti ‘spring’ sebaik ia dipijak dengan menggunakan kaki.

Sebenarnya, keadaan ini terjadi akibat perubahan geologi yang jarang berlaku dikenali sebagai pencairan tanah.

Sesetengah pandangan berpendapat, keadaan ini mungkin berlaku akibat faktor kepadatan tanah yang semakin berkurangan serta impak gegaran semasa kejadian gempa bumi.-MHE TV

 

Sumber gambar/video: Media sosial

Iklan