Laporan polis telah dibuat berhubung penularan video seks luar tabii didakwa melibatkan seorang Menteri Kabinet dan seorang pemuda yang tular semalam.

Difahamkan, laporan itu dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang petang semalam, ujar Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof yang mengesahkan menerima laporan tersebut.

Adakah kes tersebut dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas di Bukit Aman tidak dapat dipastikan kerana Ahmad Dzaffir enggan mengulas mengenainya.

Hari ini kes ini semakin hangat diperbincangkan di media sosial selepas awal pagi tadi seorang pemuda memperkenalkan diri sebagai Haziq Aziz mengaku dirinya merupakan seorang daripada lelaki dalam video tersebut dan mendakwa seorang lagi lelaki adalah menteri tersebut.-MHE TV

Iklan