Dengan rasa rendah diri mengakui kesilapannya, Emma Maembong meminta agar warganet tidak terus membuat spekulasi liar sehingga membabitkan dan menyalahkan keluarga serta rakan-rakannya.

Berdasarkan pesanan suara yang dihantar kepada MHE TV, dia akui kelalaian diri yang menyebabkannya membuka tudung dan bergambar mesra dengan Syed Abdullah Syed Abdullah Rahman iaitu abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

Bagaimanapun, menerusi kenyataan dikeluarkan Emma sebelum ini, dia menafikan wanita berseluar pendek dan duduk di celah kangkang Syed itu adalah dirinya. – MHE TV

Iklan