Hiburan Trending Video

[VIDEO] Maafkan saya! – linangan air mata iringi permohonan maaf Janna Nick terhadap Sheila Rusly

Janna akui tidak pasti punca yang membuatkan Sheila sekeluarga bengang terhadapnya.

Enggan mengeruhkan lagi hubungannya dengan Sheila Rusly, aktres muda, Janna Nick, 23, memohon maaf secara terbuka jika kelakuannya telah mengguris hati penerbit JS Pictures itu dan keluarganya.

Mengakui banyak terhutang budi dengan Sheila dan suaminya, Jinggo, pelakon remaja itu mahu jalinan silaturrahim kedua-dua belah pihak kembali akrab seperti sebelum ini.

“Mereka banyak memberi tunjuk ajar sejak mula saya menceburkan diri dalam bidang seni.

“Sebagai tanda hormat atas peranan mereka selama ini, saya membuat permohonan maaf secara terbuka dan berharap kekeruhan ini kembali jernih,” tutur Janna atau Nurul Jannah Muner dalam nada sebak dan mengalirkan air mata.

Untuk mengetahui lebih lanjut, tonton video yang disediakan oleh MHE TV. – MHE TV

Iklan
Ruang komen