Bila menangis seseorang itu pasti akan mengeluarkan air mata. Tapi, bagaimana pula jika air susu yang keluar memancut dari mata? Tentu ramai beranggapan situasi seumpama itu pastinya sukar untuk dipercayai.

Tapi sebenarnya hal itu benar-benar terjadi. Seorang lelaki warga Turki, Mehmet Yilmaz, mendakwa memiliki kebolehan mengeluarkan susu menerusi matanya.

Menguatkan lagi dakwaan itu, kemampuan anomali yang dimiliki oleh lelaki ini turut diiktiraf dalam Guinness World Record!

Musykil ni, macam mana dia pelajari kebolehan pelik itu?

Menurut Yilmaz, dia mula menyedari dirinya memiliki kemampuan pelik itu sekitar tahun 2000. Pada masa itu dia baru berusia 24 tahun.

Dakwanya, sesuatu muncul semacam buih atau gelembung udara keluar melalui mata kirinya ketika sedang berenang di kolam mandi.

Bimbang akan keadaan itu, dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor. Berdasarkan laporan perubatan, buih tersebut terhasil akibat berlaku kebocoran pada saluran di dalam kelopak matanya.

Oooo…macam itu dan lepas tu apa jadi?

Bermula dari situ, Yilmaz mula berjinak-jinak melakukan stunt menggunakan matanya. Pada percubaan pertama, dia mula menyedut susu ke dalam hidung sebelum mengeluarkannya semula menerusi mata seperti mana keluarnya buih sebelum ini.

Siapa sangka, dia berjaya melakukan kemampuan luar biasa itu. Sejak itu, dia semakin rajin berlatih setiap hari sebelum mahir selepas tiga tahun kemudian. Sepanjang tempoh itu, lebih 100 liter susu telah dihabiskan.

Pada tahun 2004, Yilmaz mengambil keputusan untuk memperlihatkan bakat unik itu kepada umum.

Ternyata, bakat istimewa dimiliki lelaki ini mendapat tepukan gemuruh daripada penonton selepas dia berjaya memancutkan susu dari matanya sejauh 2.8 meter.

Khabarnya, dia turut memecahkan rekod dunia sebelum ini dipegang warga British Columbia dengan catatan sejauh 2.6 meter.-MHE TV

Iklan