Hiburan Trending Tular Video

[VIDEO] “Mana-mana wanita pun tetap tak galakkan teman lelakinya bawa motor”

Siapa yang tak kenal dengan Coach Yin atau nama sebenarnya Mohd Tishrin Mohd Adanan. Ala, buah hati usahawan kosmetik kontroversi bernama Muhammad Sajjad tu…

Khabarnya, pagi kelmarin dia terlibat dalam satu kemalangan ketika menunggang motor berkuasa tinggi menuju ke Cameron Highland.

Insiden tersebut diketahui selepas dia memuat naik sedutan rakaman video dan gambar kejadian terbabit di laman sosial Instagram peribadinya.

Tidak senang duduk dengan kemalangan yang menimpa ‘kekasihnya’ itu, Muhammad Sajjad menulis komen berbaur nasihat di laman Instagram Coach Yin sekali gus menjadi bahan kecaman netizen.

Hurmmm, macam-macamlah Muhammad Sajjad ni. Apa-apapun semoga Coach Yin cepat sembuh! – MHE TV

Sumber gambar/video: Media sosial

Ruang komen