Tak ramai yang bertuah memiliki bos yang memahami dan sentiasa membantu pekerjanya untuk melakukan pekerjaan dengan lebih baik.

Silap hari bulan, boleh murung kalau dapat bos yang hanya tahu mencari salah dan suka memarahi pekerja tanpa usul periksa.

Berbeza dengan cef selebriti dan penyanyi terkenal, Datuk Fazley yang mendapat pujian warganet kerana mempunyai sikap seorang ketua yang baik dan sopan.

Dalam perkongsian terbaharunya di Instagramnya, rata-rata warganet memuji cara cef popular itu menegur pekerjanya yang melakukan kesilapan ketika menyediakan hidangan.

Walaupun video berdurasi lebih kurang satu minit itu hanya sekadar lakonan, namun peminat mengagumi ketegasan Fazley dan mengharapkan agar semua ketua mempunyai sikap baik sepertinya.

“Baiknya bos macam ini. Marah pun tak macam garang. Seronok kalau semua bos macam Datuk Fazley,” komen salah seorang peminat.

Walaubagaimana pun, ada juga beberapa peminat yang kurang berpuas hati dengan Fazley kerana memuat naik video dia memarahi pekerjanya.

Namun, ingat semua, itu hanyalah satu lakonan semata-mata ya!- MHETV

Iklan