Mat Redho atau Mohd Redha Rozlan sekali lagi mengharumkan nama negara di mata dunia apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan Ninja Challenge League (NCL), di Ninja Academy Perth, baru-baru ini.

Kemenangan tersebut turut dikongsi ‘Ninja Malaysia’ itu dilaman facebook rasminya.

“Alhamdulillah, setakat ni saja yang saya mampu.

“Terima kasih pada wife yang selalu teman dan jerit sambil dukung anak kami.

“Kami ada tabung sendiri untuk keluar negara.

“Macam biasa, kalau nak ke sertai pertandingan luar pasti pecah tabung punya,”kongsinya di Facebook.

Dalam pada itu, beliau terus berharap dan tidak pernah putus asa untuk mencari penaja.

Kejayaan diraih Mat Redho ternyata mendapat perhatian ramai rakyat di Malaysia mahupun, peminatnya di luar negara.

Syabas bro dan semoga apa yang dihajati tercapai!-MHE TV

Sumber gambar: Facebook Mat Redho

Iklan