Dari zaman sekolah sampailah dah berjaya buat comeback dalam bidang seni, dua benda yang tak pernah berubah tentang penyanyi kesayangan ramai ini ialah tentang matanya yang kecil dan suaranya yang lemak merdu.

Norazlina Amir Sharipuddin atau lebih dikenali sebagai Amelina, penyanyi dangdut nombor satu di Malaysia pada era 90-an. Gelaran Ratu Dangdut diberikan pada Amelina selepas menjadi antara artis wanita yang berjaya mencatat jualan keseluruhan album studio melebihi 500,000 unit.

Amelina pernah menghilangkan diri dari radar industri muzik selama 15 tahun sehingga menyebabkan dunia dangdut mengalami zaman suram namun kini beliau berjaya bangkit dan kembali mencuri hati peminat. Jom tengok major throwback Amelina, sampai hari ni mata dia tetap sepet. Jangan marah ye Kak Long, gurau je! – MHE TV.

Iklan