Jenayah Trending Tular Video

[VIDEO] Mati kena baham buaya pun tak apa, janji dah ‘mengucap’…

Kampung Dengir, Besut petang semalam digemparkan satu insiden cubaan samun ke atas seorang wanita warga emas berusia 62 tahun.

Difahamkan, mangsa Jawiah Ab Rahman yang ketika itu berada di tempat ternakan lembunya telah di datangi seorang suspek lelaki yang bersenjatakan sebilah golok.

Suspek turut mengugut untuk membunuh Jawiah namun, dia berjaya melepaskan diri sebaik saja menjerit meminta tolong.

Takut perbuatan diketahui orang ramai, suspek bertindak melarikan diri ke sebuah hutan sebelum terjun ke dalam sungai.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, suspek yang berasal dari Kampung Teluk, Alor Lintah pada mulanya terjun di kawasan sungai cetek.

Dalam pada masa yang sama, penduduk kampung cuba memujuknya agar menyerahkan diri.

Memetik laporan Sinar Harian, suspek tetap berdegil dan tidak mahu menyerah diri biarpun penduduk kampung memberitahu dalam sungai terbabit ada buaya.

Malangnya, usaha itu gagal dan suspek memberitahu dia sanggup mati dibaham buaya selain menyatakan alasan sudah ‘mengucap’.

Kedegilan suspek akhirnya membawa padah apabila dia dilaporkan lemas ketika berada di bahagian tengah sungai berkenaan.

Pagi tadi, satu operasi pencarian oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM), polis dan orang awam menjalankan gerakan mencari mangsa di lokasi kejadian.-MHE TV



Ruang komen