Trending Tular Video

[VIDEO] Memandai jer petik nama PASKAL…

Dunia media sosial hari ini dikejutkan pula dengan kisah seorang lelaki menjual nama Pasukan Khas Laut TLDM (PASKAL) sewaktu bersiaran langsung menerusi satu platform media sosial.

Menariknya, individu tersebut khabarnya kerap menyebut dirinya salah seorang anggota PASKAL ketika berinteraksi bersama seorang gadis jadian. Lebih tepat lagi golongan ‘transgender’.

Sama ada dia sensitif atau tidak, MHE TV tidak mengetahuinya. Namun, perbuatan dilakukannya itu kini mendapat perhatian angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Makanya, pihak TLDM meluahkan rasa kekesalan dan menganggap tindakan lelaki berkenaan mempersendakan nama baik PASKAL, lapor sebuah akhbar hari ini.

Susulan perkara itu, pihak TLDM difahamkan telah menjalankan siasatan dalaman. Hasilnya, individu terbabit bukan anggota TLDM ataupun dari PASKAL.- MHE TV

Iklan
Ruang komen