Melangkah ke putaran tahun 30, bintang seni yang semakin menyinar ini meletakkan namanya nun jauh di langit kejayaan.

Siapa yang tidak kenal dengan pengacara dan pelakon popular, Neelofa. Tanpa perlu bicara panjang, kejayaan yang dicipta sudah cukup membuktikan dia bukan calang-calang wanita.

Jiwa besinya dalam menghadapi apa juga cabaran dan dugaan cukup kuat. Perisainya kebal dan dia tidak sekali mengalah dengan serangan kata-kata menjatuhkan daripada warganet.

Sempena ulang tahun ke 30 si bunga biru ini, MHE TV membingkaikan sebuah video eksklusif untuk tatapan semua khususnya para jejaka yang bermimpi untuk menjadikannya suri di hati.

Kepada Neelofa, terus terbang tinggi! Semoga sayap emasmu semakin megah terbang di angkasa kejayaan. – MHE TV

Iklan