Sejak semalam, tular satu video seorang lelaki melempiaskan nafsunya ke atas sebuah motorsikal.

Difahamkan, aksi dirakam dan dimuat naik oleh seorang pemilik laman Facebook.

“Apa pendapat kalian bila motor korang kena projek dengan orang macam ini?” tulis pemilik laman Facebook itu.

Dia turut mendakwa terpaksa mencuci kesan air mani setiap hari di bahagian tempat duduk motor, mungkin kenderaan itu miliknya.

“Hari-hari kami cuci air mani die tau.

Seat dah letak cover pun buat lagi, kami letak peniti pun masih buat lagi,” ujarnya sinis.

Sehubungan itu, pemilik laman Facebook berkenaan menyatakan mahu melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa.

“Kami nak buat laporan polis, tapi orang-orang sini kaya tak ada guna sebab tak ada fungsi,” jelasnya.

Selain kelakuan tidak senonoh ini, individu berkenaan turut didakwa melakukan cubaan mencabul.

“Dah pernah ada kes raba t***k orang, tapi masih ade kat sini.

“Ape nak buat orang macam ni? Nak tunggu orang kena rogol dulu agaknya,” soalnya perihal sama ada rakaman video itu perlu dibawa semasa laporan polis dibuat.

Apa yang pasti, video berdurasi 1 minit 26 saat mendapat pelbagai reaksi orang ramai di media sosial- MHE TV

https://facebook.com/story.php?story_fbid=328653767846168&id=196651807822467

Iklan