Lifestyle Trending Tular Video

[VIDEO] Mengidam punya pasal, makan sabun macam makan aiskrim!

Apa rasa kalau makan sabun? Manis, pahit, kelat atau masam?

Lain pula bagi seorang ibu muda yang mengakui sabun mempunyai rasa pahit tetapi aroma sabun itu sangat menggiurkannya.

Disebabkan itu, sehingga kini sudah hampir dua tahun ibu ini akan menikmati sabun buku di rumahnya hampir setiap hari.

Tabiat pelik ini dilakukan seorang ibu bernama Mubarokatul Khosyi’ah dari Kabupaten Probolinggo, Jawa Timur.

Katanya, tabiat pelik memakan sabun mandi bermula semasa mengidam ketika mengandungkan anak pertamanya.

Setiap kali mandi, bau aroma sabun itu sangat menggiurkannya lantas membuatkan dia mengunyah atau menjilat sabun tersebut.

“Kalau rasanya memang pahit, tapi saya suka aromanya, wanginya, semuanya saya suka,” kata Khosyi’ah dan mengakui awalnya tabiat pelik itu tidak diketahui sesiapa termasuk suami.

Namun tabiat peliknya itu mula terbongkar apabila dia sendiri berkongsi videonya memakan sabun dalam media sosial sebelum tular.

Suaminya, Khoirul Anwar mendakwa pernah melihat isterinya menjilat sabun ketika di bilik mandi tetapi tidak mengesyaki apa-apa atau bertanya lanjut.

“Saya juga tahu tabiat isteri daripada jiran baru- baru ini,” ujar Anwar.

Walaupun mempunyai tabiat memakan sabun, Khosyi’ah tidak pernah mengeluh sakit perut atau mempunyai masalah kesihatan termasuk anak pertamanya yang kini berusia satu tahun. – MHE TV

Iklan
Ruang komen