Atas keprihatinan untuk mengurangkan beban mereka yang kurang bernasib baik, warga portal Media House Entertainment (MHE) berganding tenaga melaksanakan misi tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi program yang diberi nama ‘Menyantuni Gelandangan Bersama Artis dan Selebriti’.

Program julung kali ini dijalankan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR), pada malam Khamis, 17 Januari lalu.

Turun padang menjayakan program ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif MHE, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar dan Ketua Pengarang MHE, Tengku Datuk Khalidah Tengku Bidin.

Barisan artis yang turut sama menyertai penyerahan sumbangan termasuklah Risteena, Safura Yaacob dan tiga finalis Gadis Panca iaitu Ainin Mielan, Deeana Shazleen dan Puteri Atiqah. – MHE TV

Iklan