Mendirikan rumah tangga sejak tiga bulan lalu dengan pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim, kongsi Mona Allen tiada yang berbeza tentang kehidupannya kini.

Jelasnya memandangkan dia dan suami juga masih sibuk dengan kerjaya masing-masing, saat ini juga mereka masih belum berkesempatan untuk berbulan madu ke Santorini, Greece.

Berkongsi serba sedikit kisah percintaan penuh rahsia dengan Pekin, kata Mona yang juga pelakon Dia Menantu Rahsia, dia sudah mengenali Pekin sejak 18 tahun lalu, ketika sama-sama terlibat dalam bidang peragaan. – MHE TV

Iklan