Trending Tular Video

[VIDEO] Naik pitam ‘baby’ tu kena lambung dan dihayun

Kot ye pun nak tampung kos perjalanan jangan la gunakan bayi untuk mendapatkan sumbangan.

Ini tidak, boleh pula si ayah (mungkin kot) melambung dan menghayunkan bayinya sendiri untuk menarik perhatian orang ramai dipercayai berlaku di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Aduh! Boleh pitam anak kau tu nanti.

Dah la diperlakukan sebegitu, bayi warga asing itu hanya dipakaikan lampin pakai buang je.

Peliknya, si ibu pula kelihatan sibuk bermain sejenis alat muzik.

Perbuatan dua orang individu asing bersama bayi dipercayai ‘backpacker’ telah dirakam oleh orang awam bernama Zayl Chia Abdullah.

Menerusi status yang dimuat naik dari laman Facebooknya, lelaki ini meluahkan rasa marah dan tidak bersetuju dengan tindakan pelancong asing tersebut.

Beliau secara terbuka menggesa polis mengambil tindakan ke atas lelaki terbabit dan berharap bayi berkenaan tidak mengalami kecederaan.-MHE TV

Ruang komen