Hiburan Trending Video

[VIDEO] “Nak cantik? Mama naik basikal” – Salamiah Hassan

Patut la penyanyi Salamiah Hassan ni nampak nampak cantik dan awet muda. 

Rupa-rupanya, selalu buat senaman dengan menaiki basikal selama 25 minit. 

Selain daripada basikal, Salamiah atau lebih senang dipanggil Mama, turut berlari di kawasan taman selama 30 minit. 

“Tapi selepas berlari, boleh pula pergi makan nasi lemak! Mama anggap itu sebagai ganjaran untuk diri sendiri. 

“Hati kenalah sentiasa gembira. Mama juga tak pakai mekap kalau di rumah. Bila ada majlis je baru pakai mekap. 

“Biarlah kulit wajah ni dapat bernafas. Dan apa yang paling penting, jangan ambil peduli apa yang orang bercakap buruk pasal kita. 

“Kalau kita asyik dok dengar cakap orang, kita pun jadi serabut. Hati tak tenang. Jadi biarkan mereka. Kita teruskan kehidupan seperti biasa.

“Bila hati kita gembira, fikiran pun tenang, semua itu akan terpancar pada wajah. Dan orang tengok kita pun happy je,” ujar Salamiah yang kini berusia 67 tahun. – MHE TV

Iklan