Macam-macam petua dikongsi bagi memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan sesama pekerja.

MHE TV amat tertarik dengan teknik yang diperkenalkan oleh para pekerja di sebuah salun kecantikan Jinhuayuan, China.

Memetik laporan, South China Morning Post (SCMP), pekerja di situ mengamalkan teknik menampar muka sesama mereka.

Difahamkan, ia dibuat setahun sekali sewaktu meraikan sambutan ulang tahun penubuhan salun terbabit.

Mereka percaya, menampar rakan sekerja dapat mengeratkan hubungan antara sesama mereka.

Selain itu, ia turut didakwa mampu menaikkan semangat pekerja untuk menjalankan tugasan yang lebih produktif.

Nak tahu lanjut bagaimana teknik dibuat, tonton video di atas.-MHE TV

P/s: Kalau rakan sekerja yang berdendam macam mana pula? Agaknya, sampai berdesing ler telinga kena tampar nanti.

Iklan