Trending Tular Video

[VIDEO] Ngilu pula lepas baca pengalaman bersalin sendiri ni…

Kisah ini terjadi sekitar 19 tahun yang lalu. Ia berkisarkan tentang kepayahan seorang wanita yang terpaksa membelah perut sendiri demi menyelamatkan janin dalam kandungannya.

Peristiwa getir ini terjadi pada tengah malam 5 Mac 2000 yang lalu. Ketika kejadian, wanita bernama Ines Ramirez Perez sedang bersendirian dalam rumahnya yang terletak di Rio Talea, Mexico.

Entah macam mana, tiba-tiba dia merasa sakit hendak bersalin. Kebetulan, suaminya tiada di rumah kerana keluar minum.

Pada mulanya, dia cuba bertahan. Namun selepas 12 jam kemudian, wanita ini tidak dapat menahan sakit sehinggakan dia mula nekad hendak melakukan sesuatu di luar norma manusia.

Dengan menggunakan sebilah pisau sepanjang 15 sentimeter, wanita ini mula menyiat kulit perutnya menggunakan pisau tadi secara menegak di sebelah kanan pusat sedalam 17 sentimeter.

Hampir sejam berbuat demikian, wanita ini kemudiannya memotong rahimnya terlebih dahulu sebelum berjaya mengeluarkan bayi. Selepas itu, dia memotong tali pusat bayinya dengan menggunakan sebilah gunting.

Setelah semuanya selesai, wanita ini memasukkan semula organ yang dipotong tadi ke dalam perut sebelum membalut luka dengan menggunakan sehelai baju.

Selepas detik mencemaskan itu, wanita berkenaan dikejarkan ke sebuah klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Oleh sebab keadaannya terlalu serius, Ramirez dipindahkan ke sebuah hospital di San Pedro untuk menjalani satu pembedahan.

Seminggu kemudian, wanita itu menunjukkan perubahan positif dan kembali pulih seperti sedia kala. Malah, bayi lelaki yang diberi nama Orlando juga hidup sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain.

Kisah wanita ini khabarnya mendapat perhatian media di seluruh dunia. Ramirez turut diiktiraf sebagai satu-satunya wanita yang diketahui telah melakukan pembedahan untuk bersalin sendiri.

Kesnya telah direkodkan dalam International Journal of Gynecology & Obstetrics untuk edisi bulan Mac 2004.- MHE TV

Iklan
Ruang komen