Christine Rohani Longuet, 76, seorang wanita berketurunan Perancis sanggup meninggalkan negaranya demi mengejar cita-citanya untuk mempelajari seni pembuatan kapal di Pulau Duyong, Terengganu.

Entah macam, ketika keberadaannya di sana, wanita yang kini berusia 76 tahun telah jatuh cinta dengan seorang jejaka tempatan bernama, Wan Othman Wan Abdullah.

Tidak dinafikan, tidak ramai orang yang tahu akan kisah wanita dari Perancis ini. Namun, selepas pendedahan di media sosial baru-baru ini, ia menarik perhatian ramai masyarakat di Malaysia.

Berdasarkan perkongsian seorang individu dikenali Ahmad Faiz, wanita yang selesa dipanggil Rohani tidak menyangka kunjungan beliau ke Pulau Duyong menjadi satu permulaan hidup baru baginya.

Difahamkan, Rohani datang ke Pulau Duyong sekitar tahun 70-an. Asalnya, dia datang untuk mempelajari cara-cara membina kapal tradisional daripada tukang mahir di pulau tersebut sekali gus, membolehkannya belayar ke seluruh dunia.

Selain mahir dalam pembuatan kapal tradisional, Rohani turut memiliki ijazah tinggi kedoktoran dalam bidang etnobotani.

Selepas berkahwin, pasangan suami isteri ini dikurniakan lapan orang anak dan 24 cucu. Salah seorang daripada anaknya ialah pelakon terkenal sekitar tahun 90-an yang bernama Wan Khatijah Wan Othman.-MHE TV

Sumber: Media sosial

Ruang komen
Iklan