Trending Video

[VIDEO] Obama jadi ‘Santa Claus’ ceriakan warga hospital

Meskipun kini bergelar sebagai bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama masih mengekalkan karakter beliau yang mudah mesra dengan orang ramai.

Terbaharu, beliau membuat satu kejutan di sebuah hospital di Washington. Khabarnya, ia dibuat sempena sambutan Hari Natal yang akan diraikan pada 25 Disember ini.

Menerusi satu rakaman video, Obama tampil dengan imej ala-ala ‘Santa Claus’ dan bertemu para pesakit dan kakitangan hospital terbabit.

Seperti biasa kehadirannya ke hospital berkenaan disambut meriah oleh warga hospital Children’s National Medical Center itu. Bekas Presiden berusia 57 tahun itu turut disambut dengan sorakan dan nyanyian lagu.

Rakaman video itu turut menunjukkan, Presiden AS ke-44 itu menyampaikan ucapan terima kasih. Beliau turut dilihat mengunjungi wad-wad pesakit sambil menyapa dengan ucapan”ho, ho, ho” dan mengagihkan hadiah. -MHE TV

Ruang komen