Jika dilihat secara fizikal, dia kelihatan sama seperti kanak-kanak lain yang seusianya. Tetapi apa yang membezakan dia dengan mereka yang lain ialah tabiat bersin tanpa henti dialaminya.

Inilah Lauren Johnson yang mengalami simptom bersin 12,000 kali sehari. Mengikut anggaran, dia akan bersin lebih 20 kali dalam seminit.

Itulah situasi yang perlu dihadapi oleh gadis yang berasal dari Virginia, Amerika Syarikat ini. Menurut ibu kepada Lauren, Lynn Johnson, fenomena pelik yang menimpa anaknya ini bermula daripada selesema yang dihadapinya selama dua minggu.

Ketika itu Lauren hanya bersin seperti biasa. Namun, selepas selesema hilang, bersinnya masih lagi ada malah semakin menjadi-jadi.

Jelas Lynn lagi, simptom bersin yang berterusan ini bukan sahaja membimbangkan anaknya, malah dia turut berasa bimbang setiap kali mendengar anak gadisnya itu bersin.

Ekoran daripada simptom itu, Lauren terpaksa menangguhkan persekolahan sehingga kesihatannya benar-benar pulih.

Sepanjang tempoh itu, berat badan Lauren semakin kurang kerana waktu makannya selalu terganggu akibat bersin yang tidak henti-henti.

Jelas Lauren, dia hanya berasa selesa ketika waktu tidur sahaja kerana pada waktu itulah dia tidak mengalami sebarang bersin.-MHE TV

Iklan