Trending Tular Video

[VIDEO] Orang ramai tapi sorang pun tak bantu pakcik ni…

Sejam yang lalu, tular satu video memaparkan seorang warga emas sedang berkerusi roda dipercayai berada di sebuah hospital di utara tanah air.

Khabarnya, video terbabit dimuat naik oleh seorang pengguna laman Facebook yang menggunakan nama Will Perfect.

Rakaman berdurasi 1 minit 14 saat itu menunjukkan warga emas terbabit cuba menggerakkan kerusi rodanya untuk bergerak ke satu lokasi yang tidak diketahui.

Apa yang dikesalkan, ketika video itu dirakamkan orang ramai langsung tidak ambil peduli atau menolong warga emas tersebut.

Dengan menggunakan kaki sebelah kanan, warga emas itu perlahan-lahan cuba menggerakkan kerusi roda yang didudukinya.

Berdasarkan komen di video tersebut, individu yang merakamkan kejadian bertindak menolong warga emas itu.

Dia sempat bertanyakan soalan kepada warga emas tersebut.

Apa yang pasti, video berkenaan mendapat pelbagai reaksi pengguna laman Facebook tempatan.

Ada yang meluahkan rasa marah terhadap orang ramai yang langsung tidak ambil peduli tentang warga emas itu.

Tidak kurang juga sesetengah daripada mereka menyalahkan si perakam video kerana tidak membantu warga emas itu.- MHE TV

Tak dpt bayangkn,di hari tua Klu jd seperti ini..huhu

Pakcik tu x berapa nk jelas dia ckp,
Tujuan sy share dkt sini,bkn nk mengaibkn.
Just nk kongsi,
Hargai lh kedua org tua kita,jgn lh di abai kn..

Dn sy minta maaf klu video ni bt sahabat dlm ni x senang,

sya ada tanya pakcik tu,
Nk kemna,pakcik tu ckp nk balik,

Sy tanya pakcik sorg ke?
"pak cik tu jwb,dia sorg je,
Anak2 xde.wife sy x blh beranak,pak cik tu ckp mcm tu,
Dn pakcik tu jg ckp dia blh bt sendiri,dn dia dah biasa mcm tu.huhu,
Sebak bila dgr pakcik tu ckp mcm tu..

Posted by Will Perfect on Tuesday, 19 February 2019

Ruang komen