Trending Tular Video

[VIDEO] Padan muka, orang tahu kau punya kerja!

Tuah memasang dashcam di dalam kereta, seorang lelaki bernama Charles berjaya mengesan wajah perompak yang telah memecahkan cermin keretanya baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku di pusat membeli-belah, The Store Pandan, Johor Bahru ini dilakukan pada waktu siang hari di kawasan parkir terbuka.

Melalui posting Facebook miliknya, Charles bukan sahaja memaparkan muka lelaki berbaju merah berkenaan dengan jelas tetapi turut meletakkan video aksi lelaki itu memecahkan kereta Mazdanya.

Melihat kepada video berkenaan, lelaki itu hanya mengambil masa tidak sampai satu minit untuk memecahkan cermin kereta tersebut dengan menggunakan pemutar skru.

SUV jenis Mazda yang dipecahkan suspek.
Wajah suspek yang memecahkan tingkap keeta mangsa.

Status Charles ini mendapat lebih 2,000 perkongsian di Facebook dan rata-rata netizen mengecam tindakan perompak berkenaan. Malah ada di antara mereka berkongsi cerita tentang kepentingan dashcam.

Cherles bagaimanapun tidak menulis tentang kerugian yang dialami akibat daripada kejadian ini. –MHE TV

Ruang komen