Melihat kesusahan orang lain di depan mata membuatkan kita tersedar bahawa ramai lagi orang yang lebih susah berbanding kita. 

Apa yang dikongsikan figura terkenal Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil ini sedikit sebanyak mampu menyentuh hati sesiapa saja yang melihatnya.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram peribadinya, keperihatinan yang ditunjukkan Pak Nil terhadap seorang pengguna jalan raya membuatkan netizen terharu.

“Petang tadi Pak Nil selisih dengan seorang abang yang memboncengkan anaknya dalam usia enam atau tujuh tahun macamtu. 

“Masa selisih Pak Nil perasan anaknya seperti terlelap. Terus terfikir, macam mana kalau anak itu terlepas tangan dari pautan badan ayahnya. 

“Pak Nil mesti tarik perhatian ayahnya. Malang tak berbau. Jangan ambil ringan ya ayah-ayah dan ibu-ibu semua.

“Pak Nil doakan ayahnya diberi tambahan rezeki agar mampu menyediakan kenderaan lebih selamat untuk si comel itu,” luahnya yang sebak dengan insiden tersebut. 

Semoga apa yang dikongsikan Pak Nil dapat dijadikan teladan kepada pengguna jalan raya yang lain. – MHE TV

Iklan