Trending Video

[VIDEO] Patutlah kedai gelap jer, rupanya kena sihir…

Pemilik restoran makanan barat, Ana Burger di Bintong, Kangar, Perlis mendakwa kedainya disihir pihak tertentu kerana dengki dengan perniagaan itu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik kedai itu, dia menunjukkan tiga helai tudung yang ditemui di sebelah kanan kedai.

Katanya, bukan kejadian pertama menimpa Ana Burger kerana bulan lepas mereka menemui tiga helai telekung di sebelah kiri pintu masuk kedai.

Pemilik Ana Burger dan kakitangannya menegaskan kedai mereka tidak pernah ditutup kecuali hari Rabu, namun ramai pelanggan mendakwa kedai ‘bergelap’ setiap kali melalui di hadapannya.

Ramai pelanggan dan netizen menggesa pemilik restoran itu berikhtiar mendapatkan penawar daripada ustaz selain mendoakan perniagaan mereka pulih dan terus maju.

Pemilik restoran itu berterima kasih di atas segala doa dan kata-kata semangat orang ramai.

Jom saksikan video terbabit. – MHE TV

Iklan
Ruang komen