Hiburan Trending Video

(VIDEO) Peletakan jawatan selaku Naib Presiden di Astro atas dasar sukarela – Aznil tepis dakwaan ambil VSS

Pengacara ternama, Datuk Aznil Nawawi hari ini mengesahkan telah meletakkan jawatan selaku Naib Presiden Pengurusan Bakat On Air Astro berkuat kuasa pada 31 Disember lalu.

Berkata kepada media, Aznil menjelaskan perletakan jawatannya itu sekali gus menafikan khabar angin yang mengatakan dia mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS).

“Perlepasan jawatan ini adalah atas permintaan saya sendiri kerana mahu memfokus kepada perniagaan yang akan diuruskan selepas ini.

“Saya kini sedang merancang untuk membuka kelas pengacaraan dan pengucapan awam kepada masyarakat.

“Lagi pun, saya tidak layak untuk memohon skim berkenaan,” katanya memberi ulasan lanjut.

Bagaimanapun, Aznil menjelaskan, dia masih lagi bernaung di bawah pengurusan Astro secara eksklusif sebagai pengacara dan juga tenaga pengajar bagi mencungkil bakat baharu dalam bidang pengacaraan di bawah program On Air.

Jom tonton video temu bual MHE TV bersama Aznil untuk mengetahui lebih lanjut penjelasan personaliti TV senior itu mengenai perancangannya pada masa hadapan. – MHE TV

Ruang komen