Featured Video Play Icon
Hiburan Trending Video

[VIDEO] Peminat Indonesia pilih Wak Doyok berbanding Siti Nurhaliza dan Amy Search

Mengalahkan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Amy Search, kongsi Wak Doyok peminatnya di Indonesia memilih dia berbanding dua legenda itu untuk difilemkan kisah hidupnya.

Menurut Wak melalui undian yang dilakukan, dia menerima undian paling tinggi berbanding Siti dan Amy.

Berkongsi tentang filem biografi miliknya ini, kata Wak selain terharu dia juga tidak sangka akan diberikan penghargaan seperti ini.

Bakal diarahkan seorang pengarah tersohor Indonesia, tambah Wak selain perjalanan hidupnya yang bermula tanpa apa-apa sehingga bergelar seorang usahwan berjaya kini, dia juga turut mendedahkan kisah cintanya yang selama ini menjadi tanda tanya. – MHE TV

Iklan
Ruang komen