Trending Tular Video

[VIDEO] Penggal kepala lepas tu jual sebagai cenderahati

Sebuah lokasi di pedalaman Amerika Selatan, terdapat satu suku kaum digelar Jivaro mengamalkan aktiviti memenggal kepala manusia sebelum dijual sebagai cenderahati.

Khabarnya, amalan memenggal kepala dalam kalangan suku berkenaan masih dilakukan sampai ke hari ini.

Difahamkan, anggota tubuh manusia itu dikatakan memiliki nilai komersial tinggi dalam pasaran barangan cenderamata.

Oleh sebab permintaan yang tinggi, suku Jivaro meneruskan amalan brutal ini kerana ia menjadi sumber pendapatan yang sangat lumayan.

Kepala yang baru dipenggal terlebih dahulu diawet sebelum dijual kepada pelanggan. Kebiasaannya, lepas kepala dipancung ia akan dibawa ke pondok khas dan satu upacara khas dilakukan.

Kemudian, bahagian kepala yang terpotong itu akan disiat kulitnya hingga ke bahagian leher.

Selepas itu kulit dan tengkorak berkenaan kemudiannya direndam ke dalam periuk berisi air panas yang mengandungi beberapa jenis herba.

Salah satunya herba berwarna biru pekat itu dipercayai bertindak sebagai pengawet yang akan memelihara kulit.

Pada tahun 1930, nilai bagi satu kepala siap diawet dijual pada harga 25 dolar atau RM78. Bagaimanapun, harga terbaru tidak dapat diketahui kerana amalan ini telah diharamkan oleh kerajaan tempatan.

Meskipun begitu, ada pihak tertentu masih meneruskan aktiviti ini. Ia dilakukan secara senyap tanpa pengetahuan pihak berkuasa.

Oleh sebab susah nak dapat kepala, suku Jivaro mempraktikkan kaedah lain iaitu mengerat kepala mayat-mayat yang tidak dituntut dari hospital atau rumah mayat.

Sesetengah dakwaan mengatakan, mereka turut menggunakan kepala haiwan untuk meneruskan aktiviti perniagaan ini. Kepala haiwan itu kemudiannya dibentuk supaya menyerupai kepala manusia. –MHE TV


Sumber gambar: Flickr

Ruang komen