Trending Tular Video

[VIDEO] Penuh di badan lelaki ini emas bersaiz XXL

Seorang ahli perniagaan dari Vietnam mencuri tumpuan orang ramai dalam sosial media apabila tampil mengenakan banyak emas di badannya.

Bayangkan, lelaki kaya bernama Tran Ngoc Phuc, 36, akan sentiasa memastikan dirinya memakai perhiasan emas seberat 13 kilogram ketika berada di luar rumah.

Ke mana saja berada, dia akan sentiasa diawasi oleh lima orang pengawal peribadi terlatih bagi memastikan orang tidak dikenali mencuri emas pada badan Phuc.

Phuc percaya memakai emas dapat menjadikan hidupnya semakin bertuah.

Sejak penghujung Januari lalu, kisah Phuc mendapat perhatian media di Vietnam dan luar negara. Tidak kurang juga, individu kaya ini turut diikuti jutaan pengunjung dalam laman YouTube miliknya.

Rata-rata mereka teruja melihat perkongsian Phuc yang memaparkan beliau memakai rantai emas, cincin dan gelang emas bersaiz XXL.

Menurut Phuc, kegilaan memakai banyak emas di badan bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Semua ini dilakukan kerana beliau percaya memakai emas dapat menjadikan hidupnya semakin bertuah.

Untuk rekod, individu kaya ini berkongsi nilai aset emas yang dimilikinya iaitu seutas rantai berserta loket emas seberat lima kilogram, dua utas gelang tangan seberat lima kilogram dan beberapa bentuk cincin serta tali pinggang emas seberat 500gram.

Kesemua koleksi emas ini bernilai kira-kira 13 bilion dong (USD 550,000).

Selain memakai emas pada badan, pemilik sebuah kelab karaoke mewah di bandar Ho Chi Min ini turut menghias kereta dan motosikal miliknya dengan logam berharga itu.-MHE TV

Iklan
Ruang komen